ShoutMix chat widget
Design ByBudakNakal

Sunday, January 2, 2011

♥Nyawa diambil tanpa mengira usia♥

Semua orang tahu nyawa kita bukan milik kita. Tuhan boleh ambil bila2 masa.
Ada yang diambil nyawanya sewaktu dia masih baby, ada yang waktu zaman kanak2, ada yang semasa remaja tak pun dewasa. Tapi selalunya ramai yang dicabut nyawa semasa usia tua la.
Sekarang kita sering dikejutkan dengan pelbagai berita kematian. 
Tak kiralah disebabkan kemalangan ke, sakit kronik ke, ataupun dibunuh..
Tapi yang paling famous sekarang kes bunuhla. Senang je manusia zaman sekarang menamatkan riwayat orang lain. Itu bukan hak mereka. Urm.. Insaflah wahai manusia!!
Dalam dunia hiburan pun kita sering dikejutkan ada artis meninggal secara tibe2. 
Kenapa saya sentuh pasal artis, sebabnya artis dikenali ramai.
Ada antara mereka yang masih muda yang kita tak sangka dia akan meninggal pada waktu itu.
Apa yang saya ingat seperti Achik Spin dan yang terbaru Faizal Yusup.
Saya pasti ramai yang tak sangka dan terkejut menerima berita kematian mereka.
Sama2lah kita berdoa supaya roh2 orang yang telah tiada dicucuri rahmat.
Bagi orang yang kita sayang yang telah tiada,  
sedekahkanlah bacaan Yasin kepada mereka.
Jadikanlah ia sebagai satu peringatan untuk dekatkan diri kita kepada tuhan,
kerana kita tidak tahu bila nyawa kita akan diambil!!

Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi),
Sabtu, 1 Januari 2011, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.


 Achik Spin meninggal dunia di dalam kemalangan ngeri di Lebuh Raya Kajang Seremban pada bulan 4, tahun 2010.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...